“Merah Itu Pewarna Sirap” – Kesan Merah Di Dada Aliff Aziz, Pelukis Tatu Henna Dedah Perkara Sebenar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah mendedahkan perkara sebenar mengenai tatu namanya di dada Aliff, timbul pula kesan merah di bahagian dada Aliff yang dicacah tatu itu.

Kesan warna merah tersebut telah dipertikaikan oleh segelintir netizen yang didakwa seperti kesan cacahan tatu sebenar.

BACA : “Itu Gambar Lama” – Isu Tatu & Video Bertengkar, Bella Mahu Aliff Aziz Terus Kuat

Disebabkan itu, pelukis inai yang bertanggungjawab melukis ‘tatu’ nama BELLA itu yang dikenali sebagai Lea Henna tampil menjelaskan sebenar menerusi Instagram miliknya @leahenna_artist.

Pelukis henna terbabit menjelaskan kesan merah yang teradpat pada dada Aliff merupakan pewarna merah sirap bagi menampakkan seakan kesan cacahan tatu sebenar.

“Aliff ada minta untuk nampak ukiran tu seakan tatu kekal, jadi kesan merah itu disebabkan abang saya sapu sirap supaya nampak lebih real,

Dia ambil foto itu serta muat naik di FB dia pada 2016 dan saya juga menyaksikan sendiri abang saya menggunakan inai hitam.” – Lea Henna

Lea mengakui dia melihat sendiri abangnya mengukir nama Bella di dada Aliff menggunakan inai hitam dan memuat naik foto tersebut di Facebook pada tahun 2016.

Lea dan abangnya juga tidak mengetahui individu yang bertanggungjawab menyebarkan foto tersebut di laman sosial sehingga menjadi viral selepas 3 tahun foto tersebut dimuat naik di Facebook.

View this post on Instagram

Black henna aliff aziz in progress.. tahun 2016 xsilap gmbr ni… aliff req nk buat tattoo nk nmpk real .. so abg kak lea sapu sirap kt permukaan kulit die .. klaka kan… then lukis pakai marker pen… setel semua dh nmpk perfect baru letak inai hitam… aliff mmg rapat juga dgn kak lea kite pon marah ape die buat xbetol tp kalau bnde ni mmg fitnah sgt2 … sbb setiap progress kak lea ade ambil gmbr.. dah abg mmg pakar bab2 lukis bnde2 alah ni.. kak lea setakat bunga2 pndai la… beberapa hari lepas tu aliff call , die ckp inai tu dh makin pudar… maklum la kan inai mmg kalau mandi2 kene air cepat la hilang nya . . Fyi kak lea mmg rapat juga dgn bella n aliff ni dh mcm adek sndiri tp xbermakna kak lea mnyebelahi aliff kalau die salah tp sah2 bnde ni xbetol.. berdasarkan gmbr ni, inai adalah black henna… bukan tattoo n gmbr ni dah lama…

A post shared by Celebrity Henna Artist (@leahenna_artist) on

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*