Wechat Sediakan Butang Untuk Failkan Cerai

09/06/2018

Apabila zaman semakin maju, tidak mustahil kita berjumpa jodoh di dalam laman sosial mahupun di dalam aplikasi WeChat.

BACA : Isteri Minum Racun Sebab Suami Marah Asyik Main WeChat

Bukan saja berjumpa jodoh, malah aplikasi WeChat sekarang telah mewujudkan fungsi memfailkan perceraian dengan butang “failkan penceraian”.

Tetapi butang “failkan penceraian” ini hanya diberikan kepada pengguna WeChat di Guangdong buat masa sekarang. Selepas ditekan, pengguna kemudian boleh melakukan temu janji dengan pegawai pendaftaran perceraian tempatan.

Khabarnya, selepas diberikan keistimewaan kepada pengguna WeChat di Guangdong, WeChat akan memperluaskan lagi seluruh China.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: