WhatsApp JPJ Untuk Laporkan Kesalahan Jalan Raya

07/09/2017

Tahukah anda JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) telah membuat talian khas WhatsApp untuk untuk melaporkan kesalahan-kesalahan jalan raya sepanjang masa pada Jun 2017 yang lalu? Adakah anda mempraktikkan talian WhatsApp JPJ ini?

Suka untuk kami peringatkan, anda boleh menghantar rakaman video dan gambar ke nombor talian WhatsApp JPJ iaitu 011-5111 5252. Bukan hanya sekadar video dan gambar, lokasi dan waktu kesalahan juga perlu disertakan.

Lihat sekeliling anda sekarang! Ada kesalahan yang anda nampak? Jom, hantar segera video dan gambar kesalahan jalan raya segera!

Dilihat semula tarikh terakhir no WhatsApp JPJ tersebut, ianya tertera 2 Julai 2017. Adakah sudah tidak aktif ataupun hanya sekadar buat cukup syarat untuk merasmikan talian WhatsApp JPJ tersebut?


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: