“Di Kalangan Netizen Ada Keldai, Lembu, Anjing Dan Babi” – Yasin Sulaiman

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Perkongsian terbaru dari penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman di Instagram dengan menyamakan di kalangan netizen terdapat keldai, lembu, anjing dan babi menarik perhatian ramai.

Apa yang ingin Yasin sampaikan, tiada keperluan untuk mengambil pusing apa yang diperkatakan di ruang komen oleh netizen dan katanya lagi, adalah lebih molek andai disapa dengan ucapan salam dan tidak lebih daripada itu.

“Di kalangan netizen ada keldai, lembu, anjing dan babi. Pastinya kita tak ambil pusing pun dengan kenyataan-kenyataan mereka.

“Kenapa? Saya bagi contoh. Kita tengah drive kereta, tiba-tiba tanpa bagi salam lembu lintas jalan dan kita pun terkejut dan tekan brek. Adakah kita akan melenting dan maki lembu itu? Tidak. Sebab kalau kita buat macam tu, kita pun jadi lembu.

“Contoh dua. Kita tengah jogging dengan aman dan tenteram. Tiba-tiba anjing jiran menyalak kat kita. Kita pun terkejut dan terganggu. Adakah kita akan menyalak balik kat dia? Tidak. Kita bukan anjing.

“Contoh babi, di mana ada babi kita pun semua lari. Kalau keldai itu, bodoh. Kita tidak berdialog dengan orang-orang jail. Ucapkan salam sahaja,” – tulis Yasin di Facebook dan Instagram.

Namun, perkongsian Yasin itu menerima pelbagai reaksi dan seorang individu mengatakan bahawa sungguh hina kalangan netizen terbabit di mata penyanyi itu.

Tidak berdiam diri, Yasin turut membalas komen individu terbabit dengan berhemah.

Sumber : FB & IG Yasin Sulaiman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. “Di Kalangan Netizen Ada Keldai, Lembu, Anjing Dan Babi” – Yasin Sulaiman - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*