Menyesal Tiada Simpanan Semasa Sedang Popular, Yassin Buat Perniagaan Pokok Halau Nyamuk

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelawak Yassin Yahya meluahkan rasa menyesal kerana dia tidak pernah membuat simpanan wang sepanjang 20 tahun bersama kumpulan Senario yang pernah popular satu masa dulu.

BACA : “Sebab Tolong Orang” – Yassin Senario Dedah Cerita Sebenar Dicekup Polis

Menurut bekas anggota Senario itu, wang yang diperolehi sepanjang bergelar pelawak kebanyakannya dihabiskan buat belanja diri dan keluarga.

“Sejujurnya sepanjang dengan Senario, saya tidak pernah mengumpul duit.

“Saya akui ketika itu saya hampir terlupa dan tak pernah terfikir untuk buat lebih banyak duit sama ada melalui pelaburan atau perniagaan.

“Saya sedar sudah banyak mensia-siakan masa selama ini. Sekarang adalah masa terbaik untuk saya fokus buat duit,” – jelas Yassin kepada mStar Online.

Disebabkan itu, pelawak berusia 40 tahun nekad untuk membina kehidupan yang lebih baik dan bangkit menerusi perniagaan yang dijalankannya sejak tiga tahun lalu.

“Sekarang ini saya ada melibatkan diri dengan perniagaan iaitu pokok halau nyamuk. Kalau ada rezeki saya nak buat kempen dan bekerjasama dengan kerajaan.” – Yassin Yahya.

Yassin menjelaskan, dia berpendapat perniagaan terbabit adalah usaha terbaik dia untuk bangkit semula walaupun masa awal-awal berniaga dia pernah jatuh dan banyak kali ditipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*