“Sebab Tolong Orang” – Yassin Senario Dedah Cerita Sebenar Dicekup Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pada penghujung 26 Jun lalu, pelakon dan pelawak Yassin Senario dicekup polis kerana didakwa terlibat dalam pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

BACA : Yassin Senario Ditangkap Polis, Gaduh & Positif Ganja

Mengakui dia adalah individu yang ditahan polis itu, bekas anggota kumpulan Senario itu mendedahkan cerita sebenar dan punca dia ditahan polis pada malam itu.

Menurut Yassin, dia menafikan terbabit dalam pergaduhan berkenaan sebaliknya berada di lokasi bagi membantu seorang lelaki yang mengalami sesak nafas.

“Waktu itu saya tengah makan di sebuah kedai mamak. Kemudian isteri saya telefon beritahu ada kekecohan berlaku di hotel.

“Ketika saya sampai, saya lihat seorang lelaki sedang semput terbaring di atas lantai. Kemudian dia minta saya panggilkan teman wanitanya yang ketika itu berada di lobi hotel. Tapi wanita itu tak pedulikan dia.

“Saya naik semula ke tingkat atas dan dia minta saya memberikan bantuan pernafasan (CPR). Bila keadaan dia sudah stabil, saya balik ke bilik dan bersiap untuk ke majlis rumah terbuka.

“Ketika saya hendak keluar dari lobi hotel, pihak polis sampai dan mereka menahan saya,” – jelas Yassin kepada mStar.

Yassin menegaskan berlaku salah faham apabila salah seorang dari suspek yang ditahan memiliki dadah bersamanya dan menafikan dia mengenali dua individu yang ditahan bersamanya susulan kes pergaduhan itu.

“Pada asalnya mereka bergaduh berdua sahaja. Tiada kena-mengena dengan saya pun.

“Cuma saya ditahan kerana terlibat beberapa kes lampau.

“Sebab itu saya ditahan reman dan tidur di lokap satu malam sebelum kes itu dibawa ke mahkamah dan saya beritahu saya dianiaya. Alhamdulillah, saya dibebaskan tanpa syarat,” – Yassin.

Disebabkan membantu orang yang tidak dikenali, Yassin tak pasal-pasal ditahan polis dan diarahkan menjalani air kencing. Tapi positif ganja jugak kan? Heh!

Yassin Senario Ditangkap Polis, Gaduh & Positif Ganja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. Menyesal Tiada Simpanan Semasa Sedang Popular, Yassin Buat Perniagaan Pokok Halau Nyamuk - TEHPANAS
  2. Menyesal Tiada Simpanan Semasa Sedang Popular, Yassin Buat Perniagaan Pokok Halau Nyamuk - Info Sebenar
  3. Artis 'BBNU' Ditahan Polis, Cekik Pekerja Stesen Minyak & Cabar Polis - TEHPANAS
  4. Artis ‘BBNU’ Ditahan Polis, Cekik Pekerja Stesen Minyak & Cabar Polis - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*