Yassin Senario Ditangkap Polis, Gaduh & Positif Ganja

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Bekas pelawak kumpulan Senario, Yassin yahya telah ditahan polis selepas positif ganja di sebuah hotel di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut pihak polis, Yassin, 41 tahun diberkas bersama dua rakannya termasuk seorang wanita berusia 26 tahun selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang.

Hasil pemeriksaan polis ke atas suspek wanita berusia 26 tahun itu pihak polis menemui satu paket dadah jenis methamhetamin dan hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.

“Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor,” – Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras lagi, Yassin yang memakai t-shirt rona hitam ‘BLACKPINK’ itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, manakala dua rakannya direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan, lapor Kosmo! Online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

5 Trackbacks / Pingbacks

  1. Yassin Senario Ditangkap Polis, Gaduh & Positif Ganja - Info Sebenar
  2. Vokalis Kumpulan Rock Ditahan Polis, Miliki Dadah Bernilai RM100 - TEHPANAS
  3. Vokalis Kumpulan Rock Ditahan Polis, Miliki Dadah Bernilai RM100 - Info Sebenar
  4. "Sebab Tolong Orang" - Yassin Senario Dedah Cerita Sebenar Dicekup Polis - TEHPANAS
  5. “Sebab Tolong Orang” – Yassin Senario Dedah Cerita Sebenar Dicekup Polis - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*