“Tonton Blue Film Hukumnya Haram” – Yatt Hamzah Sedih Suami Layan Video Lucah Semasa Isteri Hamil

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa kesal dengan golongan suami yang suka menonton video lucah lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.

Menerusi perkongsian Yatt di laman Instagram miliknya, dia menerima banyak rungutan daripada kaum wanita mengenai suami mereka yang suka menonton video lucah dan lebih menyedihkan apabila ia dilakukan ketikan si isteri sedang sarat mengandung.

“Sedih apabila kesucian Ramadan tercemar dengan macam-macam kes maksiat. Ada pula kes isteri hamil, suami layan video-video lucah.

“Allahuakbar… apalah nak jadi dengan keturunan yang ayahnya suka tengok benda haram. Kalau macam ni dikira suami curang juga ke? Sebak dengar dan baca tentang semua perkara yang mencemarkan Ramadan.

“Apabila syaitan sudah melekat di hati. Biar semua syaitan dirantai, nafsu liar tetap susah dijinakkan. Ramadan tetap tak dijadikan medan mentarbiyah diri. Allahuakbar alangkah rugi,” tulis Yatt Hamzah di Instagram.

Yatt menjelaskan perbuatan menonton video lucah itu mampu memberi kesan kepada si pelaku apabila ia dikhuatiri mampu mempercepatkan seseorang itu untuk menjadi nyanyuk atau pikun.

Bukan itu sahaja, malah menonton video sedemikian adalah perbuatan haram dan berdosa besar kerana melihat tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang berjimak.

Yatt turut menasihati netizen khususnya kaum lelaki yang mempunyai masalah untuk mengawal nafsu bagi mendapatkan bantuan.

View this post on Instagram

Bila SYAITAN sudah MELEKAT di HATI. Biar semua SYAITAN dirantai, NAFSU liar tetap susah dijinakkan. Ramadhan tetap tak dijadikan medan mentarbiyah diri. Allahuakbar alangkah rugi. Sebak bila dengar dan baca ttg semua perkara yg mencemarkan Ramadhan. Minta dijauhkan dr kita dan keluarga. Aameen.. . ASTAGHFIRULLAHALADZIM AMPUNKAN kami Ya Allah. Kami masih gagal mengawal NAFSU pd bulan mulia ini. AMPUNKAN kami ya Allah. Berikan kami kekuatan dan ketabahan meneruskan RAMADHAN yg masih berbaki ini.. 🙏😢 . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYHshare #Allahuakbar #RAMADHAN1440H #RAMADAN2019 #14ramadhan1440H

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*