Yew Wei Liang Didakwa Bunuh Syed Danial, Suspek Dakwa Polis Paksa Untuk Mengaku

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Suspek yang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini, namun tiada pengakuan diambil daripada suspek, Yew Wei Liang.

Tertuduh yang bekerja di bahagian Teknologi Maklumat (IT) itu dilihat tenang dan mengangguk faham di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Syed Muhammad Danial, antara jam 1 tengah hari dan 2 petang di Kilometer 293.6 Lebuhraya Utara Selatan (Kuala Lumpur menghala Seremban) pada 10 Ogos lalu.

Pendakwaan kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria, dan dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Peguam S Selvam yang mewakili tertuduh memaklumkan bapa keluarga lelaki itu menerima panggilan telefon daripada isteri Yew selepas insiden terbabit.

“Bagaimana keluarga boleh menerima panggilan telefon daripada nombor isteri anak guam, sedangkan telefon bimbit itu berada dalam pegangan polis.

“Selain itu, anak guamnya juga memaklumkan dia mengalami kecederaan akibat penderaan yang kemudiannya dibawa ke Hospital Kajang pada 13 Ogos lalu,” – Peguam S Selvam.

Menurut Selvam, sepanjang tempoh reman, Yew Wei Liang dipaksa oleh polis untuk membuat pengakuan atas kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedangkan tertuduh mendakwa insiden itu hanyalah kemalangan jalan raya.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 27 September depan sebagai sebutan semula kes bagi menyerahkan laporan termasuk isu yang timbul, memetik Harian Metro.

Bagi yang tidak tahu kes mengenai insiden yang berakhir dengan kematian ini, boleh rujuk pautan di bawah.

BACA : Suspek Langgar Syed Danial Dituduh Esok Di Bawah Seksyen 302 KK Kerana Membunuh

BACA : Suspek Langgar Syed Danial Disambung Reman, Isteri Suspek Dibebaskan

BACA : Polis Pantau Semua Video & Gambar Termasuk Gambar Syed Danial Pegang Kayu Baseball

BACA : 12 Saksi Tampil Bantu Selesaikan Kes Kemalangan Maut Syed Danial

BACA : Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular

BACA : Rempuh Mangsa Hingga Maut, Suspek & Isteri Direman 7 Hari

BACA : “Digilis Berulang Kali” – Lelaki Maut Dilanggar & Digilis Selepas Kemalangan Kecil

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*