Beri Gelandangan Makan Biskut Oreo Inti Ubat Gigi, Youtuber Terkenal Dipenjara & Denda RM93,000

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang Youtuber terkenal, KangHua Ren atau lebih dikenali sebagai ReSet berhadapan dengan hukuman penjara 15 bulan dan didenda sebanyak € 20,000 (RM93,000) gara-gara membuat video prank terhadap gelandangan.

Video prank yang dilakukan oleh ReSet memaparkan dia menyediakan biskut Oreo yang telah diganti inti krim kepada ubat gigi dan seterusnya diberi kepada gelandangan yang dikenali sebagai Gheorge.

“Mungkin saya pergi agak jauh, tapi mari kita lihat arah positif, ia (ubat gigi) akan membantu membersihkan gigi gelandangan, saya rasa dia tidak menggosok gigi sejak dia jatuh miskin.” – ReSet

Dia juga berseloroh mengatakan ubat gigi tersebut akan membantu gelandangan tersebut membersihkan gigi memandangkan mereka tidak pernah menggosok gigi semenjak jatuh miskin.

Menurut South China Morning Post, Youtuber itu telah dijatuhi hukuman 15 bulan penjara dan diperintahkan membayar denda sebanyak € 20,000 (RM93,000).

Walau bagaimanapun, dia tidak akan menjalani hukuman tersebut kerana di Sepanyol, kebiasaanya denda sehingga dua tahun tidak dilaksanakan untuk kesalahan pertama bagi bukan jenayah berat.

ReSet juga diperintahkan untuk membayar wang itu kepada Gheorge dan diarahkan untuk menutup dua saluran Youtube miliknya selama lima tahun, namun kedua saluran Youtube tersebut masih aktif sehingga hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*