Yuna Cipta Sejarah, Tercalon Dalam BET Awards 17 Di Amerika Syarikat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Yuna mencipta sejarah industri seni muzik tanah air, apabila pertama kalinya selebriti Malaysia tercalon dalam Anugerah BET di Amerika Syarikat (BET Awards).

Berita gembira ini dikongsikan oleh syarikat pengurusan Yuna iaitu Yuna Room Records di akaun Instagram milik mereka.

Untuk pengetahuan uolls, Anugerah BET merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan oleh saluran Black Entertainment Television untuk pemuzik Afrika-Amerika serta golongan minoriti yang lain.

Yuna pula telah tercalon dalam anugerah ini dalam kategori Centric Award menerusi lagu Crush yang dinyanyikan olehnya bersama artis lelaki popular, Usher.

Dalam kategori Centric Award ini, Yuna turut bersaing dengan lima penyanyi top yang lain iaitu Fantasia, Kehlani, Mary J. Blige, Solange dan SYD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*