Pertahan Maruah PM Najib, Zed Zaidi Dikecam Macai Penjilat & Batu Api

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Isu Najip Ali mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berlarutan apabila Zed Zaidi yang mewakili Seniman dikecam oleh warga laman sosial yang menganggap dirinya sebagai batu api.

BACA : Zed Zaidi Tampil Dedahkan Kenapa Tidak Terima Maaf Najip Ali

Tidak cukup dikecam sebagai batu api, Zed Zaidi juga dikatakan ‘macai penjilat’ kerana mempertahankan maruah PM Najib Razak yang dipersendakan oleh Najip Ali dan rakan-rakannya semasa rancangan OK Chope!.

“Saya bukan batu api dan saya tak peduli apa orang cakap tentang tindakan saya yang mewakili Seniman. Orang mahu saya matang dalam isu ini tapi persoalannya adakah mereka melihat isu yang wujud ini secara profesional?”

“Isu Najip dan Mediacorp telah meminta maaf itu sudah jelas. Tapi apa yang kami persoalkan ialah tahap profesionalisme selebriti lain yang turut terlibat mempersendakan Perdana Menteri kita. Kenapa mereka tidak mohon maaf?” – Zed Zaidi.

Demi menegakkan kebenaran, Zed Zaidi dikecam teruk di laman sosial dan rata-rata netizen Malaysia, dan tidak kurang netizen Singapura yang menyindir Zed Zaidi di dalam laman sosial dan Youtube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*