Video Zamani Slam Dipaksa Menyanyi Oleh Anggota Polis Mengaibkan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Video yang berdurasi 1 minit 23 saat ini jelas kelihatan Zamani Slam dipaksa oleh anggota polis menyanyikan lagu Gerimis Mengundang semasa tahanan pihak polis kerana menghisap dan memilik dadah jenis heroin semalam.

[BACA : ZAMANI DITANGKAP POLIS HISAP & MILIKI DADAH]

Persoalannya, siapakah yang merakam dan menyebarkan video Zamani Slam menyanyi semasa tahanan polis dalam keadaan bergari ini? Sudah pasti anggota polis sendiri yang merakam dan seterusnya akan memuatnaik ke aplikasi whatsapp atau laman media sosial Facebook atau Youtube.

Walaupun Zamani memang bersalah kerana menagih dadah dan memilik dadah tetapi rasa-rasa tidak perlu diperlakukan atau diaibkan sebegini rupa kerana video Zamani Slam dipaksa menyanyi ini telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendatangkan kemarahan ramai rakyat Malaysia.

Ramai yang memberi komen negatif terhadap anggota polis yang  membuli dan memaksa Zamani menyanyi dan memuatnaik video tersebut sehingga ada yang mahukan anggota polis terbabit diambil tindakan kerana video ini telah mengaibkan Zamani serta keluarga Zamani sendiri.

VIDEO POLIS PAKSA ZAMANI SLAM MENYANYI SEMASA DALAM TAHANAN

Kita tunggu dan lihat apa jawapan dan tindakan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap anggota yang bertanggungjawab dengan isu video Zamani Slam dipaksa oleh polis menyanyi dalam tahanan polis ini.

TehPanas – Terasa diri amat terhina, kau lakukan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Punca Utama Anggota Polis Rakam & Sebar Video Zamani Slam Menyanyi Didedahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*