Pengedar Dadah Dedah Maklumat, Zamani Slam Ditangkap Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tak kenal dengan penyanyi kumpulan Slam, Zamani Slam yang sejak kebelakangan ini kurang kita lihat di kaca tv dan kalau tak silap 2 minggu lepas beliau muncul di salah satu rancangan RTM dan mungkin ramai yang terkejut apabila melihat susuk tubuh serta wajahnya yang begitu kurus.

Jawapannya telah terjawab apabila pasukan polis bahagian jenayah narkotik Ampang Jaya telah berjaya menangkap Zamani Slam bersama teman wanitanya yang dipercayai di bawah pengaruh dadah jam 12.30 malam tadi.

(Gambar Zamani Slam terkini dengan wajah yang begitu kurus)

Zamani Slam atau nama sebenar Zamani Bin Ibrahim berusia 43 tahun dan bersama teman wanitanya berusia 33 tahun telah ditangkap di rumahnya di Taman Keramat, Ampang Selangor serta dadah jenis Heroin milik Zamani yang berada di atas tilam bilik tidurnya.

(Gambar Zamani Slam yang nampak begitu kurus)

Apa yang menyedihkan, ujian saringan awal air kencing dapati Zamani positif morphine manakala teman wanitanya positif AMP serta Zamani mengaku dirinya terlibat dalam aktiviti penagidhan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun. Apa-apa pun, siasatan masih diteruskan oleh pihak polis.

TehPanas – Izinkanlah ku titiskan air mata keresahanku… Dicengkam kerinduan yang tak bertepi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Video Zamani Slam Dipaksa Menyanyi Oleh Anggota Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*