Zamani Slam Nikahi Juliana, Rancang Pergi Umrah November Ini

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Setelah sekian lama, akhirnya penyanyi Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya, Nur Juliana pada sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur, malam tadi.

BACA : Punca Utama Anggota Polis Rakam & Sebar Video Zamani Slam Menyanyi Didedahkan

Penyanyi berusia 48 tahun itu berkongsi detik kegembiraan itu menerusi Instagram miliknya, Instagram Zamani Ibrahim Music Entertainment (ZIME) dan menjelaskan majlis berlangsung secara tertutup atas permintaan keluarga.

“Dengan izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan isteri pada 20 September (malam tadi).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong menjayakan majlis ini.

“Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada yang terguris perasaan jika majlis ini berlangsung tanpa pengetahuan mereka. Semua ini demi menghormati permintaan keluarga,” – tulis Zamani di Instagram.

Menurut bekas vokalis kumpulan Slam itu, majlis resepsi akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak dan memohon kepada semua agar sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan kami.

Dalam pada itu, Zamani pernah berhasrat untuk menunaikan umrah bersama Juliana pada November depan.

Gambar Majlis Akad Nikah Zamani Slam & Nur Juliana

Kredit gambar : Peveyhack Production

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*