Zarina Akui Diugut, Buat Laporan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, Zarina Anjoulie telah mengesahkan yang dirinya sudah bercerai dengan suaminya dan mendakwa sekarang fokus dengan dunia perniagaan.

Namun, adat dalam perniagaan sudah pasti ada yang dengki dan itulah terjadi dengan Zarina terpaksa membuat laporan polis pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh seorang wanita menerusi laman sosial Instagram.

Wanita tersebut merupakan ibu seorang pelakon wanita yang tidak didedahkan identitinya kepada umum.

“Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

“Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,” – Zarina Anjoulie.

Menurut Zarina, wanita terbabit menyentuh peribadinya dan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan Zarina.

Bukan sahaja wanita tersebut yang memaki hamun dan melemparkan tohmahan, malah anak lelakinya telah menghantar mesej berbaur ugutan kepada Zarina.

Akhirnya, demi keselamatan diri dan keluarganya, Zarina terpaksa membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan.

1 Trackback / Pingback

  1. Ibu Zarina Zainuddin Gaduh Dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin Mohon Maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*