Jual Kosmetik Tidak Bernotifikasi, Zarina Zainuddin Didenda RM17,500

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Walaupun sudah tidak menjalankan perniagaan kosmetik, namun pelakon Zarina Zainuddin tetap dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi Januari lalu.

BACA : Buka Tudung Ketika Berlakon, Zarina Zainuddin Minta Maaf

Semasa berada di perkarangan mahkamah, Zarina marah apabila wartawan mengambil gambarnya sebelum beredar dibawa oleh polis mahkamah bagi membayar denda itu.

Zarina mengaku bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh Majistret M Bharat dan pelakon berusia 48 tahun itu menitiskan air matanya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh dikenaka denda RM 3000; pertuduhan kedua (RM2,500); pertuduhan ketiga (RM3,000); pertuduhan keempat (RM2,500), pertuduhan kelima (RM3,000) manakala pertuduhan keenam (RM3,500), memetik Harian Metro.

“Saya sudah menutup syarikat itu dan hanya buat di rumah.

“Saya kini membuat perniagaan lain,” – jelas Zarina Zainuddin.

Zarina didakwa atas pertuduhan menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter).

Selain itu, Zarina juga didakwa atas empat pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi iaitu Addura Black Soap (68 kotak), Addura Day Cream (279 bekas), Addura Day Cream tujuh gram (89 bekas) dan Addura Day Cream 10 mililiter (205 bekas).

Zarina didakwa melakukannya di Addura Marketing di Subang Jaya pada 11.45 pagi, 9 Januari lalu dan bagi semua kesalahan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, Zarina boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*