“Saya Sangka Anjing, Rupanya Beruang” – Zarith Sofia Dedah Punca Bela Beruang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada penahanan oleh PERHILITAN ke atas seorang penyanyi yang merupakan bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia Yasin mendedahkan punca sebenar membela anak beruang matahari yang viral beberapa hari lepas.

BACA : “Bukan Saya Yang Bela Beruang” – Ara Johari Rimas Dituduh Bela Beruang

Menurut penyanyi yang dikenali dengan gelaran Pia itu mendakwa tidak mempunyai niat untuk membela anak beruang matahari yang dijumpainya dalam keadaan lemah di kawasan Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat, Kuala Lumpur bulan lalu.

“Sebenarnya, saya jumpa anak beruang itu di tepi jalan dalam keadaan lemah pada waktu malam yang pada mulanya saya sangkakan seekor anjing.” – Zarith Sofia Yasin

Pia turut me­rancang untuk menghantar haiwan dilindungi itu kepada pihak zoo selepas keadaan beruang itu pulih, namun tidak menyangka perkara terbabit viral terlebih dahulu, memetik Kosmo Online.

Dia menjelaskan lagi, sepanjang dua minggu bersama beruang yang dinamakannya Bruno itu tidak pernah bertindak agresif.

Malah, Pia juga menafikan dakwaan bahawa dirinya telah ditahan oleh pihak PERHILITAN atas kesalahan memelihara haiwan tersebut tanpa dokumen yang sah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "No I Don’t Think So" - Maya Karin 'Sekolahkan' Zarith Sofia Bela Beruang - TEHPANAS
  2. Zarith Sofia Tidak Mengaku Simpan Beruang, Hukuman Denda RM200,000 Atau Penjara 10 Tahun Menanti - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*