Bela Anak Beruang Matahari Secara Haram, Penyanyi Zarith Sofia ‘Rockanova’ Ditahan Pihak Berkuasa?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang penyanyi wanita ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur semalam.

Hasil ‘siasatan’ netizen, penyanyi wanita yang dimaksudkan dalam berita di portal Berita Harian membawa kepada bekas peserta ‘Rockanova’ iaitu Zarith Sofia Yasin.

Sebelum ini, video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu viral di laman sosial yang dikongsi oleh seorang individu melalui akaun Facebook Ida Shareena.

Zarith ditahan pada kira-kira jam 8 malam selepas pihak PERHILITAN menerima maklumat awam dan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya.

Semasa PERHILITAN datang ke kediaman penyanyi rock itu, dia tiada di rumah dan balik ke rumah selepas dihubungi dipercayai berada di kampung.

“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” – Ketua Pengarah PERHILITAN.

Penanyi beursia 27 tahu itudisiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran PERHILITAN di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Sementara di laman Instagram milik Zarith, ramai netizen yang mengecam tindakannya yang mengurung haiwan tersebut dan membiarkannya kelaparan di rumah.

Video anak beruang matahari dibela oleh artis wanita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Bukan Saya Yang Bela Beruang" - Ara Johari Rimas Dituduh Bela Beruang - TEHPANAS
  2. "Saya Sangka Anjing, Rupanya Beruang" - Zarith Sofia Dedah Punca Bela Beruang - TEHPANAS
  3. Zarith Sofia Tidak Mengaku Simpan Beruang, Hukuman Denda RM200,000 Atau Penjara 10 Tahun Menanti - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*