“Saya Mimpi Mati…” – ‘Ziana Zain No 2’ Berubah Selepas Bermimpi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak kenal dengan ‘Ziana Zain No 2’ yang sedikit masa dulu wajahnya sering ditayangkan di kaca televisyen.

Bekas mak nyah yang digelar ‘Ziana Zain No 2’ itu atau nama sebenarnya Nik Aidi Azhar Che Seman mendedahkan dia berbuah dengan kerelaan sendiri kerana rasa takut melihat ramai orang meninggal dunia setiap hari, tidak kira tua atau muda.

BACA : Cerai Isteri Untuk Kejar Cinta & Berkahwin Dengan Kekasihnya Seorang Mak Nyah

“Keadaan itu buat saya terfikir bagaimana jika saya meninggal dunia satu hari nanti tanpa membawa apa-apa bekalan,”  – Nik Aidi Azhar Che Seman.

Nama Nik Aidi menjadi sebutan netizen baru-baru ini selepas gambar penampilannya tidak lagi berpakaian wanita, sebaliknya berjubah dan memakai serban serta kopiah viral di media sosial.

Rata-rata netizen memberi komen yang positif mengenai gambar yang dimuat naik oleh rakannya, Mohd Fauzi Yusoff di Facebook pada 30 November lalu.

“Niat nak berubah ini datang daripada hati saya sendiri kerana rasa takut dengan kematian memandangkan dulu (sebelum berubah), saya sering didatangi mimpi ngeri di dalam tidur antaranya meninggal dunia akibat dilanggar lori.

“Selain itu, saya pernah bermimpi duduk di satu tempat dengan dikelilingi api, tetapi kini hidup saya lebih tenang tanpa ada gangguan sebegitu.

“Mungkin mimpi itu adalah peringatan daripada Allah SWT untuk berubah dan kalau boleh, saya tidak mahu sekerat jalan tetapi biarlah terus begini,” – jelas Nik Aidi kepada Harian Metro.

Menurut jejaka berusia 40 tahun yang menetap di Kuala Krai, Kelantan itu, dia menjelaskan perubahannya tidak berlaku secara drastik, tetapi perlahan bermula dengan mengubah penampilan dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT menerusi solat serta mempelajari ilmu agama.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*