Zizan Razak Masuk Hospital, Sesak Nafas & Tertekan, Rakan Artis Beri Kata Semangat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara terlampau penat bekerja sehingga menyebabkan sesak nafas, Zizan Razak terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan semalam.

Menerusi Instagram miliknya, Zizan memuat naik sebuah foto dia sedang berbaring di atas katil di sebuah hospital mencuri perhatian netizen dan rata-rata memberi kata semangat kepada Zizan.

Zizan juga berkongsi video di Instastory memberitahu dia dimasukkan ke hospital akibat terlalu penat bekerja dan mengalami sesak nafas.

“Insya-Allah, saya okay. Pagi tadi (semalam) selepas Subuh, saya sedikit sesak nafas. Kuat juga sebenarnya. Saya tiada pilihan lain dan perlu ke hospital.

Jadi, sekarang masih lagi di hospital. Terlalu penat bekerja sampai jadi macam ini. Rehat tidak cukup dan tertekan,” – Zizan Razak.

Bagaimanapun, Zizan menjelaskan keadaannya semakin pulih dan berkemungkinan dibenarkan pulang tidak lama lagi.

Rakan Artis Beri Kata Semangat Kepada Zizan

Melalui posting Zizan di Instagram itu, ramai rakan artis memberi kata semangat termasuklah Hairul Azreen, Elizad, Alif Satar, Ajak Shiro, Siti Nordiana, Alvin Chong, Ummi Nazeera, Umie Aida dan ramai lagi.

Namun, apa yang menarik perhatian Zizan sehingga dia berkongsi di Instagram, kata-kata semangat dari Lisa Surihani yang sangat mencuit hati.

Aduih kesiannya u, exhaustion kot? Moga cepat sembuh babe. Take it easy ok? Rest well.

Lisa doakan Zizan stghong,” – tulis Lisa dalam mesej peribadi Instagram

Pada mulanya Zizan keliru dengan perkataan tersebut dan Lisa menjelaskan perkataan tersebut adalah strong dan dibaca dengan pelat dia yang tidak boleh menyebut huruf ‘R’, sebab itulah menjadi ‘stghong’. Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*