“Saya Tidak Takut Dilabel Menyokong LGBT” – Zizi Kirana

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi Zizi Kirana terkejut apabila muzik video lagu single terbarunya iaitu Eh kurang menerima kecaman, sebaliknya komen-komen positif pendengar di laman YouTube.

BACA : “Suruh Laki Engkau Tolong Jangan Follow Aku, Sebab…” – Zizi Kirana

Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, lagu yang ditujukan khas kepada netizen yang gemar mengkritik di laman sosial itu sengaja dibuat khas kepada netizen yang gemar mengkritik dirinya.

“Pendengar kali ini ramai yang positif kerana pak cik dan mak cik bawang sudah terbakar.

“Saya dan team memang buat lagu itu untuk sarcastic. Kalau mereka tak terasa lagi memang tak tahu macam mana lah,” – jelas Zizi kepada mStar.

Sebelum ini, netizen mendakwa dan beranggapan Zizi menyokong LGBT apabila menampilkan lelaki berperwatakkan wanita iaitu Viviana dalam klip video Eh itu.

“Saya tidak takut dilabel menyokong LGBT kerana mereka juga manusia, tak perlu dibeza-bezakan. Manusia bila-bila masa boleh berubah dan kita tidak perlu menghukum.” – Zizi Kirana

Bagaimanapun, Zizi tidak mempedulikan pandangan netizen itu kerana dia berpendapat manusia bila-bila masa boleh berubah dan kita tidak perlu menghukum.

“Suruh Laki Engkau Tolong Jangan Follow Aku, Sebab…” – Zizi Kirana

 

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*