Zul Ariffin Umum Nikah Tahun 2020, Wanita Non-Muslim Jadi Pilihan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Zul Ariffin akhirnya mendedahkan dirinya bakal bernikah dengan wanita pilihannya yang masih dirahsiakan tahun hadapan dan menjelaskan lebih senang untuk bercinta selepas bernikah selepas ini.

BACA : Zul Ariffin Ditampar Mira Filzah Sebanyak Enam Kali

Menurut Zul, dia akhiri zaman bujangnya tahun hadapan usianya yang semakin meningkat dan dirinya semakin matang, dia hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin.

“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan.

“Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.

“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan,” – jelas Zul kepada Media Hiburan.

Zul mengakui perancangan dan persiapan perkahwinan telah dilakukan sudah melebihi 70 peratus.

Bagaimana pun, Zul enggan mendedahkan identiti bakal isterinya, dia hanya memberitahu wanita tersebut merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.

Adakah wanita pilihan Zul itu perempuan yang berada di dalam foto di Instagram sebelum ini?

Terdahulu, menerusi Instagram akaun @hlembotska21, pemilik akaun terbabit memuat naik gambar dirinya bersama seorang lelaki di Phuket, Thailand.

Walaupun hanya kelihatan dari belakang sahaja, netizen mendakwa lelaki di dalam gambar tersebut adalah Zul Ariffin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*