5 Rider FoodPanda Belasah Lelaki Guna Nama ‘Ardilas Anak Allah Taala’ Ditahan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, viral video sekumpulan rider FoodPanda mengamuk dan membelasah seorang lelaki yang berusia 29 tahun dipercayai menggunakan nama Ardilas Anak Allah Taala Tuhan Allah Taala semasa membuat pesanan makanan melalui aplikasi FoodPanda.

BACA : “Kita Nak Pergi Repeat!” – Abang Rider Grab Food Dedah Mangsa Kena Pukul

Tindakan pelanggan itu yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama Islam menyebabkan sekumpulan rider FoodPanda tidak berpuas hati dan mereka terus ke rumah pelanggan itu untuk berbincang dan membawanya ke balai polis.

Bagaimanapun, lelaki itu didakwa masih bersikap kurang ajar dan tidak mahu bekerjasama menyebabkan rider FoodPanda membelasah sebelum membawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

“Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

“Keadaan itu menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way,” – jelas Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kepada Harian Metro.

Rider FoodPanda terus membuat laporan polis dan mereka ditahan oleh pihak bersama lelaki itu dan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Malah, pihak polis masih mengesan beberapa orang lagi rider FoodPanda yang terlibat dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan cedera. Kami turut menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Kami masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” – Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid turut memberitahu supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Meninjau di media sosial, ramai yang menyokong tindakan rider FoodPanda dan ada juga yang mendakwa mereka membuat keputusan sendiri dan sebaiknya membuat laporan polis terlebih dahulu.

Video Rider FoodPanda Belasah Lelaki Mengaku Anak Allah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*