“Dine In Car Atau Makan Dalam Kereta Depan Kedai Makan Langgar SOP” – Polis Sarawak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini tular di media sosial gambar orang ramai makan di dalam kereta dan dipercayai di sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan park-and-dine dalam kenderaan di Kuching, Sarawak.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memandang serius mengenai inisiatif baharu pengusaha makanan itu dan menegaskan perkhidmatan itu tidak dibenarkan malah ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

“Ini (perkhidmatan) adalah tidak mematuhi SOP.. cuma bawa pulang (take away) sahaja dibenarkan. Menyediakan makanan untuk makan di dalam kereta bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan bawa pulang.”

“Aktiviti ini boleh dikompaun kerana tidak patuhi SOP. Ingin saya tegaskan bahawa aktiviti melayan pelanggan dengan membawa makanan untuk dimakan dalam kenderaan (sendiri atau kenderaan yg disediakan oleh restoran) dan mengambil semula bekas makanan dari pelanggan bukan dikategorikan sebagai bawa pulang,” tegasnya kepada Astro AWANI pada Ahad. – jelas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail kepada Astro Awani

Menurut Aidi lagi, beberapa premis makanan di Kuching turut dikenal pasti melaksanakan kaedah sama dan walaupun ia disifatkan pendekatan atau inisiatif yang diusahakan peniaga tetapi SOP tidak dibenarkan dine-in perlu difahami dengan jelas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*