“Lelaki Semua Sama, Tak Guna & Penipu” – Elizabeth Tan Luah Rasa Marah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mencetuskan kontroversi gara-gara ststus yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya petang semalam.

Peminat Elizabeth meninggalkan komen di Twitter agar dia bersabar dengan dugaan tersebut kerana peminatnya dan netizen beranggapan dia ditipu sekali lagi oleh lelaki.

Namun, Elizabeth mendedahkan kepada Harian Metro menerusi pengurusnya melalui aplikasi WhatsApp, sebenarnya seorang rakannya telah dikecewakan oleh seorang lelaki.

“Apa yang saya muat naik itu tidak ada kena mengena dengan diri sendiri pun. Perkara itu berlaku kepada kawan saya.

“Saya sekadar tumpang meluahkan perasaan marah dengan apa yang berlaku kepada rakan berkenaan,” tulis Elizabeth Tan pada WhatsApp.

Elizabeth atau lebih mesra dipanggil dengan nama Lizzy menjelaskan dia hanya menumpang untuk meluahkan perasaan marah dengan apa yang berlaku kepada rakannya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Lelaki Semua Sama, Tak Guna & Penipu” – Elizabeth Tan Luah Rasa Marah - Info Sebenar
  2. "Nak Kahwin 2020, Tapi Tiada Calon Lagi" - Elizabeth Tan Rancang Kahwin 20.2.2020 - TEHPANAS
  3. “Nak Kahwin 2020, Tapi Tiada Calon Lagi” – Elizabeth Tan Rancang Kahwin 20.2.2020 - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*