Isteri Dicerai Talak Tiga Kerana ‘Chewing Gum’

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara enggan menerima gula-gula getah yang diberikan oleh suaminya, seorang wanita diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga di kawasan pekarangan sebuah mahkamah sivil di India.

BACA : Cerai Isteri Untuk Kejar Cinta & Berkahwin Dengan Kekasihnya Seorang Mak Nyah

Menurut portal GulfNews, kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, Simmi, 30 tahun, bersama dengan suaminya, Syed Rashid yang mendirikan rumah tangga sejak 2004, hadir ke Mahkamah Sivil Lucknow untuk perbicaraan kes wang hantaran yang difailkan ke atas mertuanya.

Semasa Simmi sedang berbual dengan peguam belanya, Syed memberikan gula-gula getah tersebut tetapi ditolak oleh Simmi.

Bengang dengan tindakan Simmi, Syed terus menceraikan isterinya dengan talak tiga di hadapan peguam berkenaan.

Susulan penceraian yang didakwa ‘kejam’ itu, sebuah kes telah difailkan ke atas Rashid di bawah pelbagai Akta Wanita Islam (Perlindungan Hak Perkahwinan) 2019 dan siasatan turut dijalankan.

1 Trackback / Pingback

  1. Isteri Minta Cerai Kerana Suami Terlalu Baik & Rajin Kemas Rumah Tanpa Disuruh - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*