Geram Dipanggil Gemuk, Lelaki Ini Borong Semua Ayam Goreng KFC

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki terkejut dan terus merah padam mukanya selepas seorang wanita yang berbaris di belakangnya untuk membeli makanan di KFC menasihati anaknya jangan makan banyak ayam goreng takut menjadi gemuk sepertinya.

BACA : Tidak Mahu Pelanggan Berlapar, Pengurus KFC Sunway Pyramid Belanja Guna Duit Poket Sendiri

Frederico Hill yang berasal dari Indonesia berkongsi menerusi laman Facebook miliknya memberitahu wanita itu menasihati anaknya tetapi secara tidak langsung memalukannya.

“Kamu hanya boleh makan satu ketul ayam goreng sahaja, jangan lebih. Jika tidak, kamu akan menjadi gemuk seperti pakcik di hadapan kita ini” – tulis Frederico ayat yang keluar dari mulut wanita tersebut.

Menyedari dia dijadikan ‘contoh’ yang tidak baik kepada anak makcik itu, Frederico bertanya kepada staff KFC di kaunter sama ada ayam goreng yang dipamerkan itu sahaja yang tinggal.

Staff KFC memberitahu hanya itu sahaja ayam goreng yang tinggal dan selainnya masih digoreng di dapur dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Frederico menyuruh membungkus kesemua ayam goreng itu dan membayar sebanyak Rp 240,000 (sekitar RM70) untuk 15 ketul ayam goreng.

Sebaik sahaja giliran wanita itu untuk memesan makanan, dia diberitahu oleh staff KFC bahawa ayam goreng telah habis dan diminta menunggu selama 30 minit untuk ayam goreng yang baru.

Apa lagi, anak wanita tersebut mula menangis dan makcik tersebut memandang Frederico yang lalu di tepinya dan Hill menunjukkan jari tengah lantas meninggalkan bangunan.

i just bought this chicken out of spite because a mother behind me muttering to her whining children that "he can only…

Dikirim oleh Frederico Hill pada Kamis, 30 Mei 2019

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Dapat Ayam KFC 'Kurus' Berharga RM24.40, Pelanggan Keliru Ayam Atau Burung - TEHPANAS
  2. Dapat Ayam KFC ‘Kurus’ Berharga RM24.40, Pelanggan Keliru Ayam Atau Burung - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*