Sajat Kantoi Tukar Maklumat IC, Polis Buru Sajat Sembunyi Di Thailand

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

BACA : “Sajat Mengaku Lelaki Daftar Umrah”

Pihak polis juga memaklumkan ushawan kosmetik itu yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini Sajat telah diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun, media melaporkan Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Kalau korang mempunyai maklumat mengenai Sajat, korang boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*