Tidak Puas Hati Kena Saman, Wanita Buat Provokasi & Memaki Anggota Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semakin hari semakin hilang rasa hormat segelintir manusia terhadap petugas barisan hadapan terutamanya anggota polis.

BACA : Hina Polis Di Facebook, Wanita Ditahan Polis & Direman

Baru-baru ini viral sebuah video yang jelas kelihatan seorang wanita memaki hamun anggota polis trafik di sebuah sekatan jalan raya Op Covid.

Dipercayai kejadian berlaku di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah pada 01 Jun 2021 yang lepas, sekitar jam 5.30 petang.

“Kau nampak tu? Kau tahu aku siapa? Kau tengok tu! RM15,000 aku sign tu!” – tengking Nur Jawaheer Binti Ismail kepada anggota polis.

Wanita tersebut dipercayai tidak berpuas hati dengan anggota polis yang mengeluarkan saman kerana cukai jalan kenderaan SUV Harrier miliknya telah tamat tempoh pada Januari 2021 lepas.

“Kau dengar sini aku ajar kau, sebagai customer, kalau kau bercakap dengan ladies, kau tak perlu tunjuk egois kau!”

Walaupun seorang lagi pegawai polis cuba menenangkannya, namun wanita yang dikenali sebagai Nur Jawaheer Binti Ismail itu masih meninggikan suara dan memaki anggota polis tersebut.

“Kau jangan cakap dengan saya, kau sana sikit, kau jangan dekat dengan saya!” – kata Nur Jawaheer Binti Ismail kepada anggota polis.

Atas kesalahnnya itu, wanita berusia 34 tahun yang berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah itu disaman sebanyak dua kesalahan.

Walaupun kejadian itu berlaku pada 01 Jun 2021, video tersebut viral pada 17 Jun 2021 (semalam) di laman sosial termasuk aplikasi Whatsapp menyebabkan satu laporan polis dibuat dan kes disiasat di bawah Sek. 509 KK dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 5 tahun atau denda.

Video Wanita Maki & Buat Provokasi Polis Sebab Kena Saman Roadtax

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*