“Jangan Risau, Kami Sepupu” – Wanita Cantik Jelas Hubungan Sebenar Dengan Aliff Aziz

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam penanyi Aliff Aziz memuat naik foto dia bersama seorang wanita cantik di laman sosial Instagram miliknya yang menyebabkan ramai netizen gelabah dan terus ‘melaporkan’ perkara terbabit kepada bekas isteri Aliff, Bella Astillah.

LIHAT : Video “Awak Believe In Miracles Kan?” – Aliff Aziz Tegur Bella Astillah Dalam Live

Namun, wanita di dalam foto tersebut yang dikenali sebagai Tika Shiekh tampil menjelaskan sebenarnya dia adalah sepupu kepada penyanyi yang berasal dari Singapura itu.

Ramai yang risau dengan Tika apabila berswafoto bersama Aliff yang terkenal dengan perangai mempermainkan ramai perempuan sebelum ini.

Namun, Tika membalas komen netizen di Instagram menjelaskan dia bimbang hubungan dengan Aliff disalah tafsir netizen sehingga mencetuskan spekulasi.

“Sis, saya lagi risau kalau orang salah anggap. Saya dengan dia sepupu. Jangan risau sangat ya sis… I love you too thank you,” balas Tika di komen seorang netizen.

Sebelum ini, foto tersebut mencetuskan kontroversi yang menyebabkan rata-rata netizen beranggapan wanita tersebut merupakan kekasih baharu Aliff Aziz sebagai pengganti Bella.

“Menyesal Saya Kasihan Dengan Anda!” – Raja Yunika Sedih Dituduh Fitnah Aliff Aziz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*